Salam buat semua member blog ku..amcam weekend u all semua? aku tak ada apa sangat..just hari minggu haritu aku banyak habiskan masa dengan lepak-lepak di kedai buku dengan member ku untuk cari novel baru..
Novel adalah sebahagian dari hobiku. Minat sangat dengan novel melayu. Memang ada yang kata apa best novel melayu..khayalan banyak..tapi bagi aku, MANA ADA. semua cerita yang ditulis itu memang rekaan sahaja tetapi banyak juga nasihat dan kata-kata yang boleh dijadikan panduan hidup.
Aku ni memang minat novel dari zaman sekolah lagi. Geng aku pun jenis minat novel juga. Aku masa sekolah paling minat ahadiat akashah..sempoi jer novel tulisan dia...aku suka sangat dan siap simpan duit belanja dan kekadang tu sanggup tak makan semata-mata nak dapatkan novel kesukaan. Lepas tu lak aku kalau dapat novel yang aku suka sure akan khusyuk baca hinggakan sanggup tidor lewat malam..hehehe...
Tapi sayang bila bagi teman-teman baca ada novel kesayangan ku yang hilang. Lepas aku habis sekolah..minat ku beralih pula pad penulis seperti Aisya Sofea, Sarifah Abu Sallem, Sri Diah, Anis Ayuni dan Fauziah Ashari..best sangat-sangat.
Yang terbaru dan aku baru jer habis baca adalah NOVEL "BUKAN YANG PERTAMA"..ceritanya banak unsur agama dan kakuatan insan bernama Yasmin Zulaikha hadapi ujian dari Allah swt.
Sapa minat novel ..jom kita share per best novel u all baca..hehhe