Monday, November 10, 2008
Semalam aku pulang ke Pulau Pinang..Menziarahi saudara aku di sana. Sepupu mak aku di Balik Pulau akan mengerjakan haji tak lama lagi..lepas ke Balik Pulau aku pergilak ke Bukit Mertajam kampungku..heheh..
Mlihat rumah sewa milik ibuku dan ziarahi mak saudara aku yang menghadapi masalah mata. Dia dah tak mampu melihat lagi.Kasihan sangat kat dia..dulu dia boleh bawa kereta..seorang yang aktif dan mempunyai kedai runcitnya sendiri..tapi kini dia tak mampu buat apa-apa pun...kedainya juga hanya mengaharap pada bantuan sahabatnya dan kakaknya sahaja...Mujur orang sekeliling memahami keadaannya..
Dia bukan buta dari kecil sebaliknya dia buta pada usia emas ini...dia mengalami masalah mata LOCOMA (betulke ejaan ni..harap maaf yer)..sedang memandu tiba-tiba dia lihat keadaan jadi kabur sangat-sangat..dia dah operate mata, tapi lagi teruk adalah..masalah matanya itu sukar diubati..kini yang dia lihat semua benda putih..jika orang buta nampak hitam..dia pula nampak semua putih..
Makan hariannya disediakan oleh sahabatnya..makcikku bertuah kerana punya sahabat yang cukup baik..hargai setiap erti persahabatan..sahabatnya itulah yang mengemas rumah dan sediakan makan minumnya...Tapi aku kagumi pada makcikku ini..dia tak terlalu mengharap belas ihsan orang..sebaliknya dia cuba berdikari juga...dia hidup seorang diri sahaja dirumah kedai miliknya itu..cukup berani..aku tanya pada dia.."makcik tak takut ke duduk sorang-sorang ni.."...jawapannya mudah.."nak takut apa..nanti mati kita sorang gak..lagipun kalau ramai-ramai pun aku tak dapat tengok gak apa yang ada..baik duduk sorang"...Dia hanya boleh duduk di rumahnya sahaja..sebab dia dah hafal segala selok belok rumahnya itu..bila baca n3 Maksu berkaitan orang OKU..memang betul..sebab mereka hanya bergantung pada daya ingatan sahaja..kalau kita ubah satu-satu barang di tempat lain..alamatnya kelam kabut lah orang yang tak nampak ni..
Makcik ku ini ada kelebihan juga yang Allah beri sejak matanya buta ini...dia hanya pegang duit sahaja sudah tahu nilainya....yang mana satu RM50 dan mana satu RM100..Aku tahu dia sedih tak dapat melihat tapi dia tetap cekal hatinya hadapi dugaan yang Allah beri ini..dia tetap berusaha untuk dirinya juga....So kita perlulah insafi dengan apa yang berlaku..daaaa...
Posted at 09:03 am by
ahmoi13
Permalink
Wednesday, November 05, 2008
Terima kasih atas nasihat yang u all bagi pada Moi. Moi hargai sikap ambil berat u all semua. Semalam aku sibuk sedikit menguruskan beberapa hal peribadi. Setengah hari aku habiskan berulang alik dari Sungai siput ke Kuala Kangsar..sebab apa ?hanyalah sebab pembelian tanah yang tak luasa mana pun..
Aku geram sangat sebab orang-orang di Pejabat "A" ini macam nak permainkan orang jer..aku tanya 1 soalan pada 3 orang staff yang menguruskan urusan ku ini, tapi jawapan berbeza-beza...aku tak tahulah depa ni makan gaji buta ker selama ini atau memang tak pernah mempunyai kes sebegini..Hangin betul aku ngan mak aku semalam...benda yang senang disusahkan oleh mereka...eeee..SAKIT HATIIII...
Aku pergi pagi-pagi...aku telah dimaklumkan oleh pihak pejabat "T" yang aku kena minta tandatangan dari pihak "T" dahulu...bila sampai di Pejabat "A" aku diminta pula ke Pejabat "T" sebab kata mereka aku kena dapatkan dahulu tandatangan ADO...aku tanya pada mereka "ADO Kuala Kangsar boleh tandatangan tak?" u all tau jawapan nya...:
1) Staff 1 :"ADO Kuala Kangsar tak boleh cik sebab cik orang Sungai Siput".
2) Staff 2 : " ADO Kuala Kangsar tak boleh tandatangan sebab dia tak kenal cik.."
lama lepas tu..lepas aku pergi balik ke Pejabat "T" dan ADO tempatku tak ada dan aku pulang ke rumah dan call balik pihak "A" untuk minta tangguh..U all tau apa pula kata mereka:
Staff 3: "Laaaa...ADO Kuala Kangsar boleh tandatangan cik janji cik ada sahaja..."
aku rasa macam nak bom ja pejabat "A" ni...aku dah pergi sana alih-alih depa wat main pula...eeee...geammmmmmm...
tu satu situasi..situasi yang ke-2 pula..masalah aku nak minta tandatangan pegawai pihak "A" ini...aku tanya mereka kenapa pegawai pihak "A"tak boleh tandatangan hari ni..dan kenapa perlu ambil masa yang agak lama..Mereka langsung tak nak jawab sebab aku yakin mereka nak jaga reputasi pejabat mereka..Alasan yang di beri sebab Pegawai tu payah nak jumpa. Heran....Mak aku yang dok sabar dengan muka sardin cap ayamnya kata" hai encik..tak kan pejabat sebesar ini langsung tak ada pegawai yang boleh tandatangan borang 2 keping ni" ish..ish...
Mungkin tersa dengan ayat laser ibu ku akhirnya barulah mereka bagitahu bahawa mereka tak ada kuasa untuk tandatangan borangku ini..yang ada kuasa hanyalah pegawai yang ada di Ipoh...What!!!!aku rasa bagai nak meletup sahaja..kalaulah aku tahu semua urusan masih perlu di buat di Ipoh baik aku buat sendiri di Ipoh...Hari ni..pagi ini baru dapat aku selesaikan kerja bodoh ini..Baru aku tahu kini yang urusan masih di Ipoh lagi...
Orang kata berurusan dengan kerajaan lembab..dulu ku katakan tak adalah..tapi kini baru ku akui...memang lembab dan tak berkarisma langsung dalam tanggani masalah...Sapa-sapa yang kerja di Kerajaan aku harap korang tak lembab macam kura-kura ini dan ku harap Jabatan u all cekap tanggani masalah...Aku dah kena dengan sikap lembab orang kerajaan di Jabatan "A" ini bukan sekali ini sahaja..tapi sejak awal lagi...lepas ni aku rasa aku tak nak lagi berurusan dengan pihak "A" lagi..tapi tak leh kata macam tu sebab aku nak kahwin nanti pastilah pihak "A" ini ku kena cari...
So u all rasa salah sapa yer...ermmm...lu pikirlah sendiri seperti kata si Nabil...
Posted at 08:08 am by
ahmoi13
Permalink
Monday, November 03, 2008
Dua tahun aku kenali H..seorang lelaki yang pada pandanganku dia lelaki yang baik..Solat jaga..lemah lembut dan hormati orang tua..
Tapi akhirnya ku mendapat tahu yang H milik orang..dia dah bertunang...dan dia juga akhirnya akui yang dia tunangan orang...Sejak itu ku cuba jauhi dari dirinya..tapi makin aku jauh makin dia dekati...Untuk jaga persahabatan aku kembali semula berhubung dengannya atas alasan dia anggap aku sebagai adik...Dia memang ambil berat hal diriku..cukup ambil berat..ku sangka tunang dia tahu tentang diriku sebab dalam masa terdekat ini tunang dia rajin juga berhubung dengan ku. Hantar msg di Facebook dan Friendsterku..Agak close jugalah dengan ku si tunangnya itu..
Tapi semalam semuanya terbongkar..rupanya dia langsung tak pernah cerita siapa aku pada tunangnya..Aku tak tahu apa yang telah terjadi antara mereka..tapi yang aku tahu tunangnya bercakap denganku bertanya soalan yang tak masuk akal pada ku..Kenapa aku H..kenapa kau buat aku sebegini H..Aku dah katakan pada kau selama ini jangan sorok apa-apa dari tunangmu...kini yang jadi mangsa adalah aku..aku amat kesali dengan apa yang terjadi semalam...aku juga menyesal kenali dirimu...
Kenapa kau bohongi tunangmu itu..aku dah kata buangkan saja apa yang kau rasa pada ku selama ini..setia pada tunangmu sahaja..tapi kini..aku yang dia persalahkan...Hatiku hari ni sakit. Aku tak tahu apa ku nak kata..yang ku tahu kini aku hanya berdoa agar kau bahagia dengan tunangmu. Jangan kau ulangi lagi apa yang pernah terjadi ini pada insan lain...Sayangi dia sepenuh hatimu..aku tahu kau sayang dia...maka setialah kau padanya...
Kalaulah ku tahu kau bohongi tunangmu itu..pasti kau tak ku ingin bersahabat....
Posted at 10:18 am by
ahmoi13
Permalink
Friday, October 31, 2008
Rini baru ada kelapangan sedikit tuk aku menaip catatanku di Sarawak..Memang best pergi sana. Walaupun harga barang agak mahal di sana tetapi suasananya cukup tenang. Pertama kali jua buat Syarikat ku bekerja (Jv Bumi Mulia Sdn Bhd) dan anak-anak syarikatnya bergabung membuat family day yang jauh dari semenanjung. Seramai 80 orang di bawa ke Sarawak..Jika sebelum ini ada juga staff yang takpernah kutemui..dan melalui family day ini dptlah merapatkan hubungan kami sesama kakitangan syarikat...

23hb Okt 2008 - Aku dah cuti hari tu. Sebabnya aku dan member baikku ambil keputusan drive kereta pergi Kedah. Tido di rumah member sekerjaku di sana. Orang Kedah memang ramah tamah. Sampai di Kedah dalam jam 6.00 petang. Terus ke rumah Bos ku, saja jer pergi jalan-jalan ambil hati bos.heheh..
24hb Okt 2008 - Jam 11.00 Pagi kami naiki bas ke Pulau Pinang. Sebab flight sana direct ke Kuching. Petang dalam jam 5.30ptg kami naik flight. 2jam perjalanan ke Kuching...Di sana we all disambut oleh Tourist sana bernama Wilson & Chris..Dinner di restoran Aroma Cafe...dengan wajah kelaparan semuanya habis semua lauk atas meja licin..hehhee...lepas tu baru check in dekat hotel Holiday Inn .Aku dan member yang selalu tidur lewat ambil kesempatan yang ada berjalan-jalan sebentar di sepanjang sungai Rajang. Aku lupa waktu di Sabah Sarawak tak sama dengan semenanjung. So jalan-jalan tu sekejap jer lah sebab tepat jam 12 t/malam Kuching dah jadi bandar mati dah. Kedai-kedai pun dah tutup.
25hb Okt 2008 - Lepas breakfast, kitorang di bawa melawat Semenggoh Orang Utan dan Jong's Crocodile Farm. Kat taman buaya tu aku sempat pegang anak buaya...heheh...tu pun kebetulan sebab pekerja di situ masa aku lalu mereka tengah pindahkan anak buaya ke kandang lain.So sempat ler posing jap dengan anak buaya..hahhaa..Petang dalam jam 6.00 petang kitorang semua di bawa naik Sunset Cruise. 1jam setengah ambil angin sungai rajang...best sangat..n dinner masa tu dekat waterfront cafe..
26hb Okt 2008 - 8.30 pagi kami bertolak ke Rumah budaya Sarawak. tegok semua rumah budaya yang ada di situ. Aku agak baik dengan Wilson n Chris so ada sahaja usikan dari mereka. dan di sana juga aku di dera..aku diminta menari tarian orang Ulu..hahahhaa...but i'm still enjoy. kami juga dapat menonton 45 minit persembahan budaya yang di buat di Village's air-conditioned theatre...lepas show kami turun ramai-ramai ke pentas menari joget lambak...bos-bos aku sekali join..hehhe..Petang banyak masa lapang, so aku ambik peluang itu dengan member ku pergi naik sampan menyeberangi ke Kampung Melayu. tambang 40 sen sahaja. tapi seronok..menikmati suasana sungai rajang dengan sampan cukup menenangkan. Di kampung itu banyak gerai yang hidang bermacam makanan yang enak-enak. Aku mencuba mee kolok dan air samboi..memang best..sedappp..
27hb Okt 2008 - Last day di Sarawak we all di bawa berjalan pusing-pusing bandaraya Kuching. pergi museum Kuching . kat situ ada banyak gambar kucing dan kisahnya. Aku rasa macam nak pergi sekali lagi ke Kuching sebab aku tau ada banyak lagi tempat best aku beum pergi lagi......Shopping...ermmm..ada gaklah shopping. aku beli benda wajib di sana ..apa lagi kalau bukan terubuk masin dan kek lapis sarawak...nak kata banyak sangat shopping, aku rasa sikit ja aku shopping..hehe..
Posted at 08:51 am by
ahmoi13
Permalink
Wednesday, October 29, 2008
Salam buat semua..hari ni aku kembali bekerja..waaaa..banyaknya kerja nak buat.huhuuhu....tu lah kan, cuti lagi selama 4 hari..hehehe...besok-besok lah aku tulis n3 berkaitan family day company yang aku pergi tu...
Kesimpulan family day aku tu..happy sangat-sangat. Sebab masa tu lah aku dapat bertemu dengan teman-teman sekerjaku yang setengahnya aku tak pernah lagi bertemu. Macam-macam aktiviti lawatan diadakan..Rasa cam tak nak balik pun ada..hahahha..ngada jer bunyi si ahmoi ni kan..hehehhee...
Aku pergi sana selama 4 hari 3 malam...semalam baru aku balik dari kedah sebab kalau nak balik juga hari isnin rasanya aku boleh pengsan di tepi jalan sebab sampai pun dah lewat malam di air port pulau pinang..So aku ambik keputusan balik semalam..
Balik semalam dalam kepenatan pula..ada lak kejadian malang menimpa ku..tu lah syok sangat bercuti padan muka ku. Sepanjang aku bercuti mak n ayah ku juga turut p bercuti..dema gi bercuti ke Kuala Lumpur tengok cucu. Pergi sana abang ku yang bawa sebab ayah ku ni kalau bawa kereta sendiri sure sesat punya. So untuk senangkan perjalanan abang ku singgah ambil mak aku kenalak dia memang ada kerja di Utara. Kalau ikutkan semalam mak aku balik naik bas tapi bas tak ada..so aku kenalah tinggal seorang diri jer di rumah.
Aku tak kesah sangat duduk sorang di rumah ...aku dah biasa sebelum ni. Tapi yang aku geram sebab mak aku simpan semua kunci kereta dalam bilik dia. Bilik tu pulak berkunci dan kuncinya dia bawa sekali. Pagi ni pulak aku cukup bz..huwaaaaa....gerammmm sangat. nasib ada kawan aku leh tumpang. syukur jap..
Malak semalam terpaksalah aku berpuasa jap sebab gas dapur rumahku meragam. dalam kelaparan aku tidor. Nak beli makanan di luar hujan, kenderaan pula tiada. so nak buat cam ner..sabor ja lah....
Posted at 01:25 pm by
ahmoi13
Permalink
Wednesday, October 22, 2008
Hari ni last aku update blog aku. Mulai besok sampailah 28hb Okt 2008 aku akan biarkan rumahku bersawang tanpa sebarang cerita. Sebabnya aku nak berehat...
Company aku kerja ni buat Family day di Sarawak. So akan mafaatkan aktiviti company ini dengan cuti puas-puas. Besok aku dengan sorang lagi teman ku akan drive ke Kedah sebab aku join ngan budak Kedah. So doakan aku selamat sampai Kedah yer. Jumaat barulah aku naik flight ke Sarawak. 28hb baru aku balik. (doakan perjalanan ku yer). ..
Aktiviti company ni memang sesuai sangat dengan keadaan ku yang dua tiga menjak ni agak kurang happy. Ntah lah kenapa aku rasa tak bestjer ngan life aku ni. Apa yang mengganggu fikiranku??biarlah rahsia..Aku harap percutian ku ini akan dapat menenangkan hatiku dan dapat bantu ku mencari jalan penyelesaian pada kekusutan yang ku alami ini...
Aku harap lepas balik nanti aku dapat kembali aura Ahmoi. Ahmoi yang u all kenal di dunia maya sebagai budak nakai yang suka menyakat orang dan rajin melayari blog teman-temannya...
Balik nanti aku janji akan story pada u all apa aktiviti ku di sana... Byeee....
Posted at 09:16 am by
ahmoi13
Permalink
Monday, October 20, 2008
CEMBURU...aku rasa semua orang ada sifat ini..aku juga ada sifat tersebut. Cuma cemburu bagaimana yang harus ada dalam diri seseorang itu ya??cemburu ada yang boleh bawa kebaikan dan ada juga yang boleh binasakan diri sendiri..
Bila sebut CEMBURU ini..teringat aku pada satu kejadian yang pernah aku alami. Sahabat ini seorang yang cukup cemburu. Cemburunya mengila..aku ingat lagi dulu dia pernah serang aku sebab cemburu pada dua perkara...1st sebab kerja dan 2nd sebab kekasih..yang pertama tu aku boleh terima tapi yang ke-2 aku langsung tak boleh terima...
Hanya kerana dia bimbang kekasih dia jatuh cinta pada aku dia sanggup jadi bodygurd buah hatinnya itu..dan kerana cemburu butanya itu jugalah aku diserang membuta tuli. Dia serang aku sebab dia lihat aku balik dari kerja luar dengan buah hatinya..Aku cukup heran sebab zaman milenium ni ada juga manusia seperti ini. Tapi itulah manusia....
Aku diserang dalam keadaan memalukan. Bayangkan lah tengah-tengah kerja bersama beberapa orang kontraktor luar..tiba-tiba aku diserang dengan maki hamun...Ikut hati nak jer aku lempang dia..tapi aku tak nak jadi bodoh sepertinya juga..Walaupun dia maki hamun aku sesuka hatinya...aku pula buat tak tau saja..sebab lagi kita layan lagi teruk keadaan nya..Dengan kesabaran yang ada akhirnya dia mohon maaf pada ku. Tapi bila fikir balik...cantik sangat ker aku ni??yer lah serang aku sebab bimbang aku rampas buah hati dia. Nak kata boyfriend dia hensem..tak lah pun..biasa sahaja...Tapi sikap dia suka serang orang tak berhenti pada ku sahaja..dia juga pernah serang seorang kakak yang dah berkahwin hanya kerana kakak tersebut telah bergurau dengan boyfriend dia tu..Tapi sayang seribu kali sayang ..setiap kecemburuan gila dia itu makin hari makan diri dia kembali..Sang kekasih yang dijaga bagai nak rak dibuatnya itu akhirnya tak sanggup lagi dengan dia lagi..Sahabat ku itu akhirnya ditinggalkan..Buah hatinya itu berkahwin lain dan kini dah miliki seorang cahaya mata..Sahabatku itu pula hingga kini bagai seorang gadis hilang arah tuju..Dia menyendiri dan tak pernah kekal dalam percintaannya..
Sikap cemburu ini mengerikan..ngeri sebab lastly dia juga yang kecewa..So aku harap sangat pada semua member blog ku ..andai nak cemburupun biarlah berpada-pada..janganlah sampai memakan diri kembali..
Posted at 08:31 pm by
ahmoi13
Permalink
Wednesday, October 15, 2008
Salam buat semua teman blog..sure u all ingat aku dah start kerja ditempat baru kan..yer lah terus senyap tanpa cerita di blognya..hehhe..kenyataan aku masih di tempat kerja lama. Belum lagi start di tempat baru..maybe Allah nak bagi aku chance tuk pergi bercuti pada minggu hadapan.hehe...
Bukan tak nak update blog..banyak gak story aku nak share ngan u all tapi ntahlah dua tiga menjak ni aku kurang mode nak layan blog..Blog u all pun aku tak jenguk lagi..mungkin kesibukan kerja dan juga hati yang berkecamuk..Fasal apa??biarlah rahsia..
Ok lah ..aku nak story sikit satu kisah yang cukup sedih+geram buat kaum hawa..ia juga peringatan buat kaum Adam yang banyak bertindak ikut nafsu..Oklah storynya begini..apsal ayat aku ni cam ni ek..ermm..layan jer lah..hehhe
Sebulan yang lepas, seorang kawan mak aku kehilangan suaminya..Suaminya meninggal mengejut. Kasihan.sedih pun ada..Dia meninggalkan kawan ibuku bersama 7 anaknya..5 orang daripada 7 anak itu adalah hasil perkahwinan dengan isteri sebelum ini..setelah isterinya meninggal dia berkahwin dengan kawan ibuku pula...
Walaupun begitu...dalam kesedihan rupa-rupanya terpalit juga rasa sakit hati. Kenapa??Ini semua kerana setelah sebulan suaminya meninggal dia baru tahu bahawa selama ini dia telah BERMADU....wah..tak tahu nak kata apa...geram+marah+sian+sakit hati= blur...Si isteri memang dah mengesyaki si suami ada perempuan lain..tapi tak lah dia sangka dia bermadu...Kaihan sangat..dah lah si Suami tinggalkan dia begitu sahaja tanpa memberitahu perkara sebenar..tambah lagi dengan hutang si suami yang perlu dia pula langsaikan. Sebabnya wang si suami banyak dihabis pada isteri muda...
Si isteri hanya tahu dia bermadu bila saudara suaminya itu cerita baru-baru ini dan tunjukkan bukti perkahwinan mereka di Siam...Aku tak nak kata apa..sebab semua dah berlaku..si suami pun dah meninggal dunia..Tapi kenapa ya insan bernama LELAKI ni suka sorok dan tipu wanita...
Pesan ku pada u all bernama LELAKI...andainya dikau benar-benar lelaki..janganlah suka menipu Wanita. U all ingat u all boleh lepas ke dengan tipu insan bernama perempuan. Seperti ibuku kata..."Sorok macam manapun...akhirnya tahu juga. walaupun lelaki ni akalnya panjang..tapi dia kurang deria rasa hati seperti perempuan..tu sebab lelaki kalau menipu akhirnya kantoi juga"...itu kata ibuku..
Bermadu memang lah dibenarkan dalam islam..tapi ada syarat yang Allah telah berikan. Bukan wanita tak boleh terima kenyataan BERMADU itu...tapi di sebabkan sikap lelaki yang tak ikut Syarat Allah berikanlah membuatkan Wanita mengamuk bila dikatakan bermadu..
Wahai lelaki..jujurlah pada insan bernama WANITA..tak kesahlah sama ada dalam perkahwinan mahupun perhubungan persahabatan. So buat kaum adam..renung-renungkanlah yer....
Posted at 09:00 am by
ahmoi13
Permalink
Friday, October 10, 2008
Lama tak update..banyak kerja sikit kebelakangan ni..sekali updte..wah..tajukkk..SEREMMMM..hehhee...aku rasa ni lah tajuk yang sesuai kot. Pagi ni aku dikejutkan dengan cerita hidup semula sahabatku...heheh..cam ner nyer story ni..ok..ceritanya gini...memang lama aku tak jumpa kawan-kawan ku ini..termasuklah si C ni...sekali dah agak lama juga lah..aku terjumpa sorang kawan ku ini..dia khabarkan yangsi C ni dah meninggal sebab kemalangan..wah...cukup terkejut..tapi yerlah yang hidup pasti akan mati...so sejak tu memang ramailah yang tahu si C ni meninggal...
Kawan-kawan sepermainan pun ada yang sedih bila bercerita...memang diakui lah muka dia ni langsung tak pernah sapa pun jumpa dia..Aleh-aleh raya tahun ni si C telah datang beraya di rumah seorang kawanku..Terkejut badak kawan aku...nasib tak lari jaaa..hehe..Yerlah..selama ni kami tahu dia dah meninggal..kalau u all lah kan..sure lari lintang pukang punya bila jumpa balik dengan insan yang dikatakan dah meninggal..hehee..
Rupanya semua ni salah faham..dia memang ada kemalangan tapi tak lah meninggal..kesian aku pada si C ni..elok-elok hidup sihat walafiat ..dikatakan meninggal..hehehe..
Posted at 12:37 pm by
ahmoi13
Permalink
Tuesday, October 07, 2008
Lama dah blog ni bersawang yer..hehehhe...apa taknyer dah cuti lama lah katakan..semalam aku dah start kerja..mak oiiii..banyak kerja tapi macam u all gak lerrr..mood raya ada lagi so semangat kerja tu mati macam tu saja. Kenalak semalam kenalan ku di Myspace datang jenguk aku kat Ipoh..So semalam ku tinggalkan sebentar kerja-kerjaku.heheh..
Wokeh..aku HAPPY sangat dengan rayaku tahun ini..kenapa yer..hehehe..sebab tahun ni aku dapat berjumpa dengan semua sahabat-sahabatku dari zaman old school sampailah zaman canggih..hehehe..zaman canggih tu ku maksudkan teman-teman yang selama ini aku hanya kenal di dunia internet sahaja..tak sangka sudi dema datang teratak burukku di snail river..Ku raya sakan beb tahun ni..n kalau u all nak tau...aku pun dapat duit raya..hehehe.jangan jeles...My x-boss bagi aku RM20 ..hehehe...
Sebelum-sebelum ni payah sangat nak jumpa dengan teman-teman zaman sekolah aku. Tak sangka pula tahun ni yang tak buat plan rapi ni yang menjadi..Best gila..dah macam-macam gaya dah member-member lama ku ini..Tapi paling best sebab semua dah mula bina kerjaya masing-masing.Yang suatumasa dulu cukup berhantu perangainya di sekolah tapi dah besar dah jadi manusia berguna...dan ada juga yang dah beranak-pinak....fuh hebatdah teman-temanku..
Dalam family ku pula..sian pada kakak ku Aini yang beraya buat kali ke-2 di bumi Ultraman (Jepun)..hehehe..tapi aku tahu dia happy dekat sana. Sempena bulan baik ni ku mohon ampun dan maaf pada u all semua andai ada salah dan silap yang telah ku lakukan di dunia blog ini....daaaa...layanlerrr pic kat bawah ini
.
Posted at 08:43 am by
ahmoi13
Permalink