|
Salam buat semua member blog ku..amcam weekend u all semua? aku tak ada apa sangat..just hari minggu haritu aku banyak habiskan masa dengan lepak-lepak di kedai buku dengan member ku untuk cari novel baru.. Novel adalah sebahagian dari hobiku. Minat sangat dengan novel melayu. Memang ada yang kata apa best novel melayu..khayalan banyak..tapi bagi aku, MANA ADA. semua cerita yang ditulis itu memang rekaan sahaja tetapi banyak juga nasihat dan kata-kata yang boleh dijadikan panduan hidup. Aku ni memang minat novel dari zaman sekolah lagi. Geng aku pun jenis minat novel juga. Aku masa sekolah paling minat ahadiat akashah..sempoi jer novel tulisan dia...aku suka sangat dan siap simpan duit belanja dan kekadang tu sanggup tak makan semata-mata nak dapatkan novel kesukaan. Lepas tu lak aku kalau dapat novel yang aku suka sure akan khusyuk baca hinggakan sanggup tidor lewat malam..hehehe... Tapi sayang bila bagi teman-teman baca ada novel kesayangan ku yang hilang. Lepas aku habis sekolah..minat ku beralih pula pad penulis seperti Aisya Sofea, Sarifah Abu Sallem, Sri Diah, Anis Ayuni dan Fauziah Ashari..best sangat-sangat. Yang terbaru dan aku baru jer habis baca adalah NOVEL "BUKAN YANG PERTAMA"..ceritanya banak unsur agama dan kakuatan insan bernama Yasmin Zulaikha hadapi ujian dari Allah swt. Sapa minat novel ..jom kita share per best novel u all baca..hehhe |
| malaysia web design July 2, 2009 02:20 PM PDT hari minggu pergi town | ||
| izan November 25, 2008 08:50 PM PST ahmoiii.. k zan suka baca novel. tp kwn2 k zan suka ketawakan.. sebab k zan baca novel belakang dulu.. sampai dah separuh, baru baca yang depan..... tak boleh ubah lah.... tapi sama juga dgn mak su dan k tie...k zan dah kurang membaca novel... | ||
| Ungku Nor November 25, 2008 10:06 AM PST baru abis baca novel sponser. nak kena buat ulasan pulak kat blog..poningggg..;p | ||
| kak tie November 24, 2008 07:38 PM PST Kak tie macam maksu gak, minat novel misteri, tapi lama tak baca. Dulu kecik2 minat enid blyton..Berangan gi mengembara dan selesaikan kes2 misteri..hi hi.. | ||
| Mak Su November 24, 2008 11:41 AM PST minat sangt bc novel, tapi kureng membeli, sbb takut isi2 novel2 tu tak seswai ngan anak2 yang baru nak hidup ni... :( tapi minat novel misteri :) | ||
| Leave a Comment: |